makngah dapat anugerah? biar betul! memang betul tu, ini bukan gimik! saja nak kongsi dengan pembaca (kalu ada yang sudi membaca la kan!)
makngah telah menerima Anugerah ‘BEST RECRUITING 2008′ dari Seri Asia. Tapi sayangnya, masa di majlis tersebut, makngah tak bawak pulak kamera, so yang ada hanya lah ‘plaque’. tentu lagi seronok kalu ada gambarnya! makngah akan usahakan untuk gambarnya, kerana pihak Seri Asia ada ambil gambar. so, nantikannya ya!
dan sebelum ada gambar tu, kita layan dulu gambar plaque yang makngah terima ini

Posted on July 16th, 2009 by MakNgah | No Comments »
baru-baru ni, makngah telah pergi kursus di KL. Kursus tersebut untuk mendalami lagi ilmu mengenai wire craft! nak tengok hasilnya?
ha ni dia….

so, inilah hasil kerja tangan makngah! masa mula2 nak buat tu, pedih jugak jari-jemari ni! nak memintal, nak tekan, nak kena bengkok… ish! ish! ish! sampai luka pu ada la…. almaklum la, orang yang baru belajar ni, tahap skil nya masih rendah lagi!
untuk yang cincin tu, makngah ambil tutorial online dari wireblissmei.blogspot.com. Mrs. Mei ni tinggal di sarawak, so makngah byr tutorial dia pun melalui online jugak!
ok, kalu berkenan, boleh la pi melawat kedai makngah ye untuk buat pesanan ya!
Posted on July 7th, 2009 by MakNgah | No Comments »
Hai!
dah lama makngah tak update dlm blog ni kan! mcm2 dah terjadi, ada yang pening, ada yang keliru, ada yang menarik, ada yang tertarik :D, ada juga geram!
tapi buat masa ni, makngah kongsi bersama mengenai salah satu hari bersejarah buat makngah sendiri….
pada sabtu lepas iaitu hari sabtu lepas bersamaan 4 Julai 2009, jam 2.30 petang makngah telah menjadi speaker jemputan!
wow! masa mula2 menerima tawaran tu, macam confident sangat dengan diri makngah yang sememangnya banyak bercakap. tapi bila tiba harinya, mcm ada sesuatu dlm perut yang bergelodak tapi tak mau keluar!
NERVOUS!!!!!!!!
itu perkataan yang terbaik, buat mendeskripsi penyakit tu :P!
teks ceramahnya tak siap lagi sehinggalah jam menunjukan 11 pagi… makngah dah mula rasa serba salah… pasai apa ari tu, aku ni gatai sangat pi mengaku bersedia ish! ish! ish!… boleh ke nak tarik diri saat akhir ni 
namum makngah gagahkan jugak! buat persediaan yang semampu yang boleh! and taraaaaaa……
enjoylah gambar di bawah ini ya!

Posted on July 6th, 2009 by MakNgah | No Comments »
Salam Semua…………
Entry kali ni, makngah nak berkongsi kata-kata ini dengan semua pembaca sekalian (kalu ada pembacalah kan! he ! he! he!)
“Ever tried. Ever failed. No matter. Try again. Fail again. Fail better.”
– Samuel Beckett
Makngah suka “kata-kata” ini. ianya benar-benar menyentuh hati makngah! kita dalam kehidupan ini tidak akan pernah lari dari kegagalan, kesulitan, kesedihan dan bermacam ke….an lagi! Namun apa jua yang terjadi, bak kata omputih - life must go on!
Dalam kehidupan kita jugak, jika kita tak cuba, tak buat maka kita tak kan tahu yang kita ini boleh buatkan! Belum cuba belum tahu! Tapi ada sesetengah orang kita ini, belum cuba lagi, dah kata gagal, dah kata tak boleh buat! Dahlah tak nak buat, mereka ini siap pulak melarang orang lain dari mencuba! Bukannya nak bagi kata semangat! ish! ish! ish! Memang melayu ini nak layu kot! (eh! tapi makngah ni melayu yang tak akan layu he! he! he!)
Semangat mesti kuat dalam apa jua yang kita lakukan. Tak kiralah dalam pembelajaran, dalam pekerjaan atau pun macam makngah ini - dalam perniagaan. Kita mesti cuba, kalu gagal, kita cuba lagi! Macam makngah pernah dengar - kegagalan adalah langkah menghampiri kejayaan! tapi itu bukannya gagal dan terus mengaku kalah, kalu kita gagal, bangun semula, cuba lagi. Jangan takut pada kegagalan, kerana kegagalan itu hanyalah selangkah kepada kejayaan! - ewah! makngah ni berfalsafah pulak ye!
Posted on May 3rd, 2009 by MakNgah | No Comments »
Salam Semua……
Pernah anda mendengar nama AVON? Makngah pasti semua orang pernah mendengar perkataan AVON, bahkan lagi melihat produk nya dan sudah semestinya, ada dikalangan kita adalah penggunanyakan! AVON adalah satu jenama yang rasanya, tidak perlu di ceritakan lagi. Kewujudan di Malaysia telah melebihi umur MakNgah sendiri.
Makngah sendiri telah pun m,enjadi pengguna AVON semenjak zaman MakNgah di ITM lagi. Tapi waktu itu, MakNgah hanya sekadar menjadi pengguna yang setia. Kerana apa MakNgah menggunakan AVON ya? Itu kerana harganya yang berpatutan untuk dibeli oleh seorang pelajar seperti MakNgah dulu (he! he!….budget!).
Namun sekarang setelah MakNgah mempunyai pendapatan sendiri pun, masih menggunakan rangkaian produk AVON juga. Kenapa ya? Kerana AVON dari dulu sehingga kini menyediakan produk yang bagus dengan harga yang berpatutan sementelah lagi, MakNgah kini telah pun menyertai ‘Golden Circle AVON’.
Satu kumpulan elite didalam AVON, khas untuk pengedar AVON yang telah mencapai satu jumlah jualan yang telah ditetapkan. Anda teringin tak mengetahui dgn lebih lanjut? Okay, nantikannya pada entri yang akan datang ya!
Posted on April 20th, 2009 by MakNgah | No Comments »
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera serta Selamat datang!!!!
Blog ini MakNgah khususkan untuk makNgah mencoret entri yang berkaitan dgn jualan MakNgah di http://www.makngahcollections.com. Di website sana ada bermacam2 jualan termasuklah hobi MakNgah iaitu “beading”.
Asalnya “beading” adalah untuk suka-suka MakNgah kerana MakNgah ni suka melaram!. Namun ianya bertukar menjadi salah satu sumber pendapatan MakNgah, apabila ada kawan-kawan MakNgah yang menempah pulak kerana terpikat melihat hasil sentukan kretif MakNgah. (eh! kreatif ke MakNgah ni!)
Posted on April 18th, 2009 by MakNgah | No Comments »